"VAPE mengubah kehidupan saya". YA, saya mampu mengatakan demikian kerana saya berjaya tak sentuh rokok tembakau langsung,tak beli dah ,dan tak minta kawan2 lagi >_<
Macamana saya lakukannya???
setiap orang mempunyai matlamat , dan setiap matlamat hadir dari niat kita samada niat itu kuat atau tidak.pada permulaannya saya hanya mencuba dari keluaran mod vape yg lama dahulu ,sekarang 2015 dah pelbagai jenis mod yang bersaing laju dan hebat. Pada awal Ramadhan 2015, saya bermula semula menggunakan vape dimana pada masa itu saya menggunakan mod "subox" sahaja ^_^. maklumlah...saya budget yang agak sederhana untuk permulaan dengan niat untuk kurangkan pengambilan rokok tembakau.
Apa reaksi saya bila menggunakan VAPE??
saya mencuba flavour "manggo lassi" pada waktu itu, bagi saya.... Vape ini boleh membuat kita lupakan kepada rokok tembakau,sebab apa?? sebab jika rokok tembakau saya semestinya x boleh hisap di dalam rumah >_<
lepas makan kebiasaannya kita akan rasa nak merokok betul x?? so apabila saya menghisap vape, pertama,isteri tak berapa nak marah la kan,sebab baunya pun x la sebusuk bau rokok tembakau. ke dua, saya rasa bila perlu je saya hisap,sememangnya dalam masa 1 minggu sahaja saya rasakan sendiri bahawa saya hampir lupa dengan rokok tembakau.wow!! dan saya rasakan sendiri perubahan yang lebih positif,
itu baru seminggu, sebulan berpuasa dan tibalah syawal menjelma...amboii...(macam lagu raya pula).
sebulan berlalu,ternyata saya langsung tidak membeli rokok tembakau lagi . Hanya perlu rajin dan berdisiplin untuk "recoil" dan menjaga semua keperluan vape dengan baik. Bagaimana nak jaga Vape dengan baik?? tak terbakar?? recoil smooth tak hangit dan sebagainya? haaa,,,, itu saya kan cerita melalui pengalaman dari "zero" hingga lah sekarang....takde lah sehebat mana,tapi adalah sedikit input yang semuga mnjadi manfaat juga semangat kepada anda semua yang seperti saya dulu...nak lupakan rokok tembakau dan jalani hidup Vape secara terkawal...,^_^
Pesanan saya pada diri sendiri dan anda semua, tak kira lah samada rokok tembakau atau rokok elektronik sekalipun, seeloknya kita berhenti merokok. NAK BERHENTI bukan mengejut macamtu je boleh berhenti, kita ada langkah-langkah atau caranya, bagi saya Vape boleh melupakan rokok tembakau dan dalam masa yang sama, amalkan gaya hidup sihat, kawal penggunaan vape dengan pengambilan nikotin yg rendah , banyakkan minum air masak atau jus buah buahan rak kira lah air buah apa pun, kurangkan caffein dan sentiasa positifkan diri, in syaa Allah kita semua akan berhenti merokok tak kira rokok apa sekalipun.Lama kelamaan kita akan hampir lupa pada rokok dan automatik berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.
TAHUKAH ANDA : Dalam sebatang rokok yang biasa kita hisap terkandung pelbagai jenis racun dan >4000 bahan kimia yang amat berbahaya untuk kesihatan. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser @ barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.Merokok pada mulanya bermula akibat sikap ingin tahu, namun setelah nikoton dalam rokok memberi kesan ia bertukar menjadi ketagihan.
MENGIKUT TIPS AGAMA,
Amalkan makan epal hijau, air minuman segelas selepas dan sebelum solat fardhu dan madu lebah, in syaa Allah boleh berhenti. AMIN...^_^



